info komuniti : vandelisma dan masalah sosial di plaza serbaguna dataran raub

hehehe…. sebenarnya ni lanjutan dari gambar yang tertera di dada Sinar Harian minggu lepas.. gambar apa.. gambar budak lelaki dan perempuan sedang berasmaradana…dan isu tersebut juga dperbincangkan dalam Group Facebook Penduduk Raub yang telah diutarakan oleh Cik Wan Juhaida, wartawan sinar.. seperti yang sedia maklum. Banyak kedai2 diatas tu sudah berpindah hanya tinggal satu kedai sahaja yang masih beroperasi.

dsebabkan pagi sabtu lepas saya minum dekat Gerai Teh Halia, saya dan sham sempat meninjau keadaan di tingkas atas. Terkejut juga saya, dengan siling rompong, dinding diconteng.. bau hancing tak yah cakaplah…

Sebelum saya teruskan tulisan saya. Saya tidak atau bukan untuk menuding jari pada siapa2, cuma ingin memberikan pendapat dan pandangan. Tidak ada niat apa2 pun. Manalah tahu kot2 ada yang prihatin.

Pada hemat saya, tak sepatutnya dibiarkan begitu, rugi sungguh rasanya.. berapa RM yang telah diperuntukkan untuk membinanya. Saya taknak cerita panjang. Mungkin nanti ada yang marah. Tapi demi komuniti kita.. kita kena buat sesuatu..

cadangan saya, MDR perlu bersihkan dahulu kawasan tingkas atas. kemudian membaiki struktur siling dan mengecat semula dinding2 yang dconteng (banyak perkataan lucah disitu).. tawarkan semula kedai2 diatas tu. Rujuk semula milik siapa.. kalau bayar sewa tapi tak meniaga wat aper.. ramai rasanya yang nak. Saya pun nak.. huhuhu. Kalau ada ramai peniaga kat atas tu.. makin kurang mereka2 buat maksiat kat atas tu. Pastu wat rondaan berkala… sambil2 nak cek kwsn parking kat bawah tu.. jenguk2lah kat atas juga.

Susah sangat, minta kerjasama polis untuk buat rondaan.. lagi senang.. untuk jangkamasa pendek.. dah sah2 tempat “jenayah” berlaku kan.

Last but not least.. peranan kita sebagai ahli komuniti Raub. Kita buat apa yang terdaya. OK…

null

notis yang dtampal oleh MDR

null

dinding yang diconteng

null

siling yang rompong

null

botol arak pun ada….

null

meloyakan ! (tambah plak bau hancing kat ctu)

null

panjang tul komen aku … renung2kanlah ye

3 thoughts on “info komuniti : vandelisma dan masalah sosial di plaza serbaguna dataran raub

  1. semua dah pindah kecuali satu kedai.. itu pun kejap bukak kejap tutup… manalah tak terbiar.. MDR yang sepelaung tu pun ala2 wat tak nampak je.. huhu

  2. oklah… kalau sebab gambar2 ni aku kena “mute” kat FB oleh seseorang… aloo blog aku ni purata sehari dalam 9-10 je jenguknya… itupun orang raub rasanya leh dikira kot… so menda ni tak kemana… aku pun hanya blogger picisan.. tak mendatangkan apa2 hatta skett pun.. kalau ada pun ianya adalah hasil rakan2 ku yang prihatin (dgr citer sampai pengetahun Tuan DO..huhuh)

    aku malas dah nak caghe..bosang pung ada… huhuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s