Kucing.. Tuceng

hahahaha mesti sham gelak biler baca entry kali… mesti dia tau kebengangan isteri tercinta dia ni pada orang yang suka suki buang2 tuceng neh.. ya memang aku geram… geraaaammmm sesangat… (sori..posting ari ni tidak ada kena mengena ngan fotografi.. jgn marah haa)

kisahnya… kelmarin ada anak tuceng comei menjenguk pintu umah aku… mula2 sham halau.. syuh..syuh.. pastu tuceng tu datang balik.. halau lagi.. dengan rasa prihatinnya (konon2lah) aku pun pg jenguk.. jenguk punya jenguk.. comei rupanya tuceng tuh.. aku main2 dengan tuceng tu n bagi makan… lapar sungguh dia.. tapi aku tak bagi tuceng tu masuk.. sebab aku tak berniat nak bela (yeee selepas tragedi yang tragis anak kucengku kena langgar depan umah haku… ampeh tul!!! kalau aku tau sapa yang langgar.. aku nak demo plak langgar orang tu.. bleh?)… tapi tengahari semalam.. balik time lunch.. elok je dia lepak kat umah aku….

tapi malam tadi tuceng tu lepak kat umah jiran aku… sambil telompat2 anak jiran aku tu halau tuceng.. dia panggil ayahnya… rupanya suh tangkap n buang.. alaaa sian tuceng tu.. walaupun aku tak bela tuceng tu.. tapi sempatlah aku bagi makan n minum…(sebab kesian) taktaulah apa nasib tuceng tu… tp mungkin anak dia lelah.. jd takleh dekat ngan kucing… tu sebab dia buang.. apa kata buang skali kucing2 lain yang berkeliaran kat sini… hehehhe

satu lagi.. kebiasaanya orang bela kucing untuk apa… dan kenapa plak ada yang buang kucing… sian tau kucing2 tuh.. korang buang merata kat medan selera.. kedai2 makan.. pasar.. yang biasa aku tengok.. kucing yang dbuang tu siap ngan anak2 kecik…. oooo sebab kucing tu branak dengan jayanya.. korang buanglah… kalau tak korang sayanglah ek.. gitu… kalau ye pun nak buang.. amik inisiatif untuk pg ke pejabat veterinar terdekat dan mandulkan.. spya kucing tu tak beranak2 dah… dan populasi kucing terbiar akan berkurangan… ni tak main buang tak pikir2 dah nasib kucing tuh… kalau kucing tu mati sebab korang buang mereka di tempat yang tak sepatutnya.. korang tak rasa bersalah ke….

ada juga yang jenis suka dera2 kucing neh.. main sepak2.. pijak2.. korang mmg takder hati perut ek.. meh sini aku pijak perut korang plak.. nak tengok meraung ke tidak… paling aku berbulu biler aku tengok ibubapa yang wat2 tak tau or wat tak nampak bler ada anak2 diorang ni.. sepak kuceng.. pukul kuceng.. seksa kucing.. tapi sebab bukan anak aku… takleh lah aku pg rotan tangan budak2 tu… hehehe

Kucing ni haiwan  yang  disayangi oleh Nabi Muhammad SAW.. 

Dalam hadis Bukhari bilangan 3071, Ibn Umar R.A meriwayatkan sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia.

Agak2 korang ek… kalau jumpa kucing yang camneh

null

atau camneh

null

yang mana satu korang akan kutip n bela…. hahahaha

kalau korang tak suka kucing atau geli ngan kucing.. tak perlu pun korang seksa haiwan tu… mereka pun ada perasaan dan rasa sakit kalau dipukul dipijak disepak.. cukuplah sekadar menghalau kucing2 tersebut… renung2kan dan selamat beramal….

ampunnnnn kalau ada yang terasa.. tak terniat pun.. cuma meluahkan rasa hati jek…

nota : kalau aku nih kaya n banyak duit.. aku nak wat rumah perlindungan haiwan teraniaya… siap ngan tempat yang selesa dan doktor veterinar lagik… huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s